Friday, 15 August 2014

Kisah secawan kopi tumpah

Jangan taksub cawan hingga kopi tumpah
TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 11 Ogos 2014.
Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya balik melawat ustaz kesayangan kita di universiti.

Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Tingginya 52, seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya.

Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia.

Di tengah-tengah, perbualan bertukar arus kepada rintihan mengenai tekanan di tempat kerja dan kehidupan. Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengerumudi tekanan kerja dan hidup seharian.

Waktu itu, Ustaz Abu Khari bangun dan ke dapur untuk menyediakan air kepada kami. Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami – porselin, plastik, kaca, kristal, yang biasa, yang mahal, yang unik rekabentuknya – dan menyuruh kami untuk menghidangnya sendiri.

Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.

“Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua.

Kita tahu cawan tidak akan mengenakkan lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada di situasi tertentu ia memendamkan apa yang kita minum.

Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.

Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia sebagai cawan - mereka cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmat kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.

Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.

“Orang yang gembira dan bahagia tidak memiliki segalanya. Mereka cuma memanfaatkan apa yang ada,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.

Kami semua tersenyum.

Wahai anakku,
Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tapi terlupa ia perlukan cawan untuk diminum.

No comments:

Post a Comment