Membuat tugasan secara berkumpulan merupakan satu teknik
pembelajaran yang baik ini kerana kami dapat berbincang dan menyuarakan
setiap idea dan menjadikan idea-idea kami menjadi bernas dan mantap.
Ahli kumpulan kami semuanya terdiri daripada perempuan iaitu Nur Izyan
Razali, Noor Azirah bt Mohd Arif dan saya sendiri Nurul Ezzati bt Abu
Hasan .Ini memberi kelebihan kepada kumpulan kami kerana dapat
berbincang di mana sahaja tidak kira masa dan tempat. Kebiasaannya kami
berbincang di rumah sewa kami kerana dua orang antara kami tinggal di
rumah sewa dan seorang tinggal di kolej KUO baru. Walaupun terdapat
sedikit masalah yang timbul iaitu faktor masa tetapi kami dapat
menyelesaikan dengan membahagi tugasan masing-masing untuk mencari bahan
sebelum membuat perbincangan seterusnya.
Walau bagaimanapun, masalah yang paling sukar bagi kami bertiga
ialah kami tidak memahami bagaimana untuk menyelesaikan masalah
melalui Problem Based Learning kerana dua daripada kami ialah
pelajar minor fizik dan kami kurang didedahkan mengenai PBL.
Alhamdulillah, seorang daripada kami iaitu Nur Izyan Razali merupakan
pelajar minor Biologi dan beliau telah didedahkan beberapa kali mengenai
PBL dalam menyelesaikan masalah untuk subjek minor beliau. Perkara yang mesti ada untuk melaksanakan PBL ialah table FILA chart di mana:-
F=fact
I =idea
L=learning idea
A= action
Selepas memahami apa yang di maksudkan dengan PBL, kami dapat
melaksanakan tugasan dengan lancar serta perbentangan yang dilakukan
selepas menghantar esei sebanyak tiga muka surat dapat dilaksanakan
dengan baik. Daripada tugasan ini,kami mendapat banyak maklumat baru
mengenai Problem Based Learning. Jika sebelum ini,kami tidak begitu
terdedah dengan penyelaian sebegitu dan kami juga kurang mengetahui
tentang pelaksanaan serata isu-isu dan cabaran untuk menaik taraf ICT
dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Saya berharap dengan usaha kami semua dapat memuaskan hati
pensyarah kami, En. Azmi dan berharap dapat mencapai target markah yang
diinginkan.
No comments:
Post a Comment