Friday, 15 August 2014

Kisah secawan kopi tumpah

Jangan taksub cawan hingga kopi tumpah
TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 11 Ogos 2014.
Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya balik melawat ustaz kesayangan kita di universiti.

Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Tingginya 52, seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya.

Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia.

Di tengah-tengah, perbualan bertukar arus kepada rintihan mengenai tekanan di tempat kerja dan kehidupan. Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengerumudi tekanan kerja dan hidup seharian.

Waktu itu, Ustaz Abu Khari bangun dan ke dapur untuk menyediakan air kepada kami. Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami – porselin, plastik, kaca, kristal, yang biasa, yang mahal, yang unik rekabentuknya – dan menyuruh kami untuk menghidangnya sendiri.

Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.

“Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua.

Kita tahu cawan tidak akan mengenakkan lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada di situasi tertentu ia memendamkan apa yang kita minum.

Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.

Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia sebagai cawan - mereka cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmat kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.

Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.

“Orang yang gembira dan bahagia tidak memiliki segalanya. Mereka cuma memanfaatkan apa yang ada,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.

Kami semua tersenyum.

Wahai anakku,
Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tapi terlupa ia perlukan cawan untuk diminum.

Thursday, 14 August 2014

Cerita 5: Meja kantin

Assalamualaikum....

Rentetan pengalaman yang terukir dari SMK Pantai Sepang Putra. Guru disiplin meluahkan rasa terkilan akan sikap pelajar yang tidak menghormati para guru, malas, dan tidak....dan tidak....dan tidak.....

Apabila tindakan diambil ada segelintir ibu bapa menuding jari kepada guru. Sebagai manusia, batasan kesabaran ada hadnya. Guru tidak jemu-jemu memberi nasihat kepada para pelajar tetapi terpulang kepada pelajar bagaimana penilaiannya. Sekolah bukan sahaja tempat menimba ilmu akademik tetapi lebih daripada itu. Pembentukan sahsiah, disiplin serta mencorak para pelajar juga menjadi tanggungjawab guru-guru.

To be continued. Nak siapkan RPH sampai hari Isnin minggu hadapan.

Wassalam

#cikgusuperduperjunior

Cerita 4: makmal ICT

Situasi cikgu berjalan menuju ke kelas 3 Musytari, kebetulan selisih 2 orang pelajar 3 Musytari.

Pelajar A: cikgu jom kita masuk kelas ICT.
Cikgu : nak buat apa? Ramai x pelajar yang hadir? Ke ada yang terlibat dengan lawatan UNIKL?
Pelajar A: separuh je, ada yg terlibat dengan PT3
Cikgu : baik, tapi make sure semua pelajar tiada di dalam kelas...nnt apa-apa terjadi saya yang dipertanggungjawabkan.

Dan....dan...dan... ini rupa yang terjadi dan pelajar suka sangat request nak masuk makmal ICT.



Wednesday, 13 August 2014

Cerita 3: Dialog Prestasi Pelajar


Semalam usai sahaja berdialog bersama pelajar sebagai guru tingkatan saya diarahkan membuat laporan.

Situasi 1

Pelajar kelas 2 Musytari
#cikgu sains ajar best!
#cikgu bm kena tambah latihan
#cikgu bi kena kuatkan suara
#cikgu sejarah kena kuatkan suara
#cikgu moral ajar tak faham

Situasi 2
(kelas 2 Neptun)

to be continued...ada kelas lepas rehat.

Alhamdulillah,  sambung kembali selepas habis kelas 2 Neptun pukul 11.50 sebentar tadi sebelum kembali semula ke kelas 3 Musytari pada pukul 1.10 ptg.

Laporan daripada guru tingkatan 2 Neptun, pelajar memberi komen cikgu sejarah mengajar
#tak faham
#cikgu bagi kerja banyak

MOSTLY memang komen para pelajar negatif.

>Tindakan cikgu Sejarah
Sila nyatakan komen anda terhadap cara saya mengajar (cikgu sejarah dan moral). #MESTIJUJUR. Inilah hasilnya, terima kasih kerana jujur dengan komentar anda. Saya terima kelemahan ini sebagai titik tolak menjadi pendidik suatu hari kelak.


Saya minta sejarah dan moral sahaja...ada juga yang tulis english dan matematik....nei kes lepaskan geram selepas kena GANYANG mulut dengan cikgu matematik ahahaha....not me, sorry student but you deserve it huhuhu...#respect


Biar gambar berbicara



Macam mana nak faham?

Kalau diberi peluang mengkritik memang pelajar je la yang betul, apa yang cikgu buat semua salah.

Pelajar masa kini sangat mencabar. Biarlah tulisan cakar ayam ini berbicara.



#cikgusuperduperjunior

Tuesday, 12 August 2014

Cerita 2

Minggu lepas 8 Ogos 2014, SMK Pantai Sepang Putra mengadakan perasmian Bulan Kemerdekaan. Lantaran itu, terdapat persembahan daripada pelajar-pelajar seperti teater.


Pengalaman menjadi guru ganti

Cerita 1

Hari nei 13 Ogos 2014 hampir sebulan menjadi guru ganti di SMK Pantai Sepang Putra...macam-macam ragam para pelajar sekarang, sangat menguji tahap kesabaran...lagi ditegur, lagi menjadi-jadi...lagi dilarang, lagi suka diulang...lagi dimarah, lagi dibuat. Antara guru dan pelajar sungguh ternyata tiada hormat. Kadang-kadang terdetik dihati di manakah silapnya? Setiap pagi, sebaik sahaja bangun dari tidur di hati kecil mesti niat supaya pelajar faham akan ilmu yang disampaikan, menjadi pelajar yang menghormati para pendidik. Sekiranya tidak faham guru boleh menjelaskannya kembali...tetapi sekiranya rasa hormat tiada dalam diri para pelajar masakan mudah untuk seorang guru mahu menyampaikan ilmunya. Hati sentiasa terfikir sekiranya masa mudamu dibaziri dengan perkara tidak bermanfaat bagaimana nanti nasib kamu di alam pekerjaan, dengan penyakit MALAS yang menyarang di dalam diri para pelajar.