Tuesday 12 August 2014

Pengalaman menjadi guru ganti

Cerita 1

Hari nei 13 Ogos 2014 hampir sebulan menjadi guru ganti di SMK Pantai Sepang Putra...macam-macam ragam para pelajar sekarang, sangat menguji tahap kesabaran...lagi ditegur, lagi menjadi-jadi...lagi dilarang, lagi suka diulang...lagi dimarah, lagi dibuat. Antara guru dan pelajar sungguh ternyata tiada hormat. Kadang-kadang terdetik dihati di manakah silapnya? Setiap pagi, sebaik sahaja bangun dari tidur di hati kecil mesti niat supaya pelajar faham akan ilmu yang disampaikan, menjadi pelajar yang menghormati para pendidik. Sekiranya tidak faham guru boleh menjelaskannya kembali...tetapi sekiranya rasa hormat tiada dalam diri para pelajar masakan mudah untuk seorang guru mahu menyampaikan ilmunya. Hati sentiasa terfikir sekiranya masa mudamu dibaziri dengan perkara tidak bermanfaat bagaimana nanti nasib kamu di alam pekerjaan, dengan penyakit MALAS yang menyarang di dalam diri para pelajar.

No comments:

Post a Comment