Tuesday 13 November 2012

Refleksi integrating ICT in teaching and learning in our Malaysian Schools


          Dengan lafaz bismillah , saya memulakan tugasan pertama bagi kursus ICT untuk semester 5 di UPSI.Tugasan pertama ini dijalankan secara berkumpulan. Dalam tugasan ini, kami dikendaki menyelesaikan masalah menggunakan Problem Based Learning (PBL). Kami dikendaki menyediakan esei tentang isu dan cabaran untuk menaik taraf ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.

          Membuat tugasan secara berkumpulan merupakan satu teknik pembelajaran yang baik  ini kerana kami dapat berbincang dan menyuarakan setiap idea dan menjadikan idea-idea kami menjadi bernas dan mantap. Ahli kumpulan kami semuanya terdiri daripada perempuan iaitu Nur Izyan Razali, Noor Azirah bt Mohd Arif dan sya sendiri Nurul Ezzati bt Abu Hasan .Ini memberi kelebihan kepada kumpulan kami kerana dapat berbincang di mana sahaja tidak kira masa dan tempat. Kebiasaannya kami berbincang di rumah sewa kami kerana dua orang antara kami tinggal di rumah sewa dan seorang tinggal di kolej KUO baru. Walaupun terdapat sedikit masalah yang timbul iaitu faktor masa tetapi kami dapat menyelesaikan dengan membahagi tugasan masing-masing untuk mencari bahan sebelum membuat perbincangan seterusnya.

          Walau bagaimanapun, masalah yang paling sukar bagi kami bertiga ialah kami tidak memahami bagaimana untuk menyelesaikan masalah melalui Problem Based Learning kerana dua daripada kami ialah pelajar minor fizik dan kami kurang didedahkan mengenai PBL. Alhamdulillah, seorang daripada kami iaitu Nur Izyan Razali merupakan pelajar minor Biologi dan beliau telah didedahkan beberapa kali mengenai PBL dalam menyelesaikan masalah untuk subjek minor beliau.  Perkara yang mesti ada untuk melaksanakan PBL ialah table FILA chart di mana:-

F=fact
I-idea
L=learning idea
A= action

          Selepas memahami apa yang di maksudkan dengan PBL, kami dapat melaksanakan tugasan dengan lancar serta perbentangan yang dilakukan selepas menghantar esei sebanyak tiga muka surat dapat dilaksanakan dengan baik. Daripada tugasan ini,kami mendapat banyak maklumat baru mengenai Problem Based Learning. Jika sebelum ini,kami tidak begitu terdedah dengan penyelaian sebegitu dan kami juga kurang mengetahui tentang pelaksanaan serata isu-isu dan cabaran untuk menaik taraf ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

          Saya berharap dengan usaha kami semua dapat memuaskan hati pensyarah kami, En. Azmi dan berharap dapat mencapai target markah yang diinginkan.

No comments:

Post a Comment